Kebajikan
Aktiviti Yayasan Redha idak hanya
berorientasikan bantuan kesihatan semata-mata, tapi ia juga
bergerak atas kesedaran kebajikan sesama insan. Aktiviti amal
kebajikan merupakan sebahagian daripada usaha dalam bentuk pemulihan
bagi yang memerlukan.
Yayasan
Redha akan sentiasa proaktif dalam menangani isu-isu seperti
memberi bantuan kepada mangsa bencana alam atau fizikal kehidupan
manusia. Yayasan Redha juga terus aktif menjalankan projek
pembangunan dan pemulihan seperti pembangunan pusat pendidikan
& penjagaan kesihatan.
Kami komited
dapat terus maju dan maju dalam memupuk nilai-nilai kemanusiaan
dan menyelesaikan masalah yang menimpa masyarakat yang memerlukan.
Sebuah badan organisasi bukan berasaskan
keuntungan (non-profit foundation) Yayasan Redha yang ditubuhkan
untuk membantu masyarakat dari segi kebajikan sosial dan awam.
- Bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, warga emas, atau
OKU.
- Menyediakan makanan, pakaian, atau tempat tinggal ketika
musibbah
- Menyokong pembangunan sosial dan kemanusiaan.
- Membantu masyarakat dalam aspek kebajikan sosial (bantuan
dan sokongan hidup),
- Pendidikan (pembangunan ilmu, latihan dan peluang belajar).
Aspek
kebajikan kesihatan pula menumpukan kepada:
- Menyediakan rawatan kos rendah.
- Menjalankan kempen kesihatan dan derma darah.
- Menyokong pesakit kronik (seperti kanser, diabetes, dan lain-lain).
- Menyebarkan kesedaran gaya hidup sihat.Tujuan utama yayasan
jenis ini
- Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
- Mengurangkan beban kesihatan dan kewangan golongan berisiko.
- Mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin.Kebajikan Masyarakat
- Agihan makanan dan keperluan asas kepada keluarga miskin
- Lawatan ke rumah anak yatim, warga emas, dan pesakit hospital
-
Sumbangan zakat, wakaf, atau
derma komunitiMenjadi pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat
melalui kebajikan dan pendidikan kebajikan yang inklusif serta
berteraskan kasih sayang dan tanggungjawab sosial. |