SELAMAT DATANG KE
 
     
 
Yayasan Redha ditubuhkan pada 1 Januari 2018 bermatlamat untuk mewujudkan usaha yayasan ke arah bidang teras kami meliputi bidang kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial. Kami memberi tumpuan kepada isu sosial komuniti masyarakat, organisasi, komuniti tempatan untuk membolehkan impak kolektif untuk penerima bantuan.

Hari ini, Yayasan Redha telah menyumbang kepada pembangunan mampan yang melangkaui nilai sosio-kemasyarakat setempat bagi meneruskan peluang kualiti kehidupan yang lebih dalam fungsi masyarakat.

Yayasan Redha menawarkan bantuan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai proses pemulihan, pembangunan dan pengintegrasi yang merupakan satu kaedah dalam sosio-kemasyarakatan juga. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi pada setiap penerima ke arah kelangsungan dan kesejahteraan hidup berdikari.

 
Pusat Dialisis Kizah mempromosikan kesejahteraan pesakit dan kualiti hidup yang terbaik melalui rawatan dialisis bertaraf dunia dan perkhidmatan holistik yang disampaikan oleh jururawat dan pakar perubatan kami yang terlatih dan berpengalaman.

Dialisis mengekalkan keseimbangan badan anda dengan membuang sisa, garam dan air tambahan untuk mengelakkannya daripada terkumpul di dalam badan. Ia juga mengekalkan tahap selamat bahan kimia tertentu(kalium, natrium dan bikarbonat) dalam darah anda serta membantu mengawal tekanan darah.

Di Pusat Dialisis Kizah kami menawarkan anda yang terbaik untuk rawatan berdasarkan keadaan perubatan anda.
 
 


Apa yang kami lakukan
 
 
 
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Redha ialah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dan kewangan. Sumbangan bagi fakir miskin Parlimen Temerloh seramai 2860 orang meliputi 95 kampung pada 27 Oktober 2022


 
 
 
Bantuan kewangan Yayasan Redha ini tidak mengambil kira latar belakang sesuatu kaum dan bangsa sebagai syarat. Sumbangan Kewangan kepada pelajar kurang upaya masyarakat India dalam Parlimen Temerloh sempena Hari Deepavali pada 19 Oktober 2024.


 
 
Program bakul makanan juga dianjurkan oleh Yayasan Redha bagi meringankan beban penerima. Sebanyak 1000 pek untuk disumbangkan kepada keluarga Asnaf dalam Parlimen Temerloh pada 14 April 2024.
 
YAYASAN REDHA (PPAB-08/2018)
No. 24 Jalan Syed Abdullah 2, Bandar Baru Lanchang,
28500 Lanchang Temerloh.
Pahang MALAYSIA
Tel : +60
Faks : +60
9 280 3994
9 280 3995
Emel :
yayasanredha@gmail.com
       
 
© 2018 - 2024 YAYASAN REDHA (PPAB-08/2018) - HAK MILIK TERPELIHARA | UNTUK PAPARAN TERBAIK DENGAN 1920 X 1080